Laguna Redang Island Resort, Pulau Redang (BM)

Laguna Redang Sun Bath Deck

Resort | Tempahan atas Talian | 中文版 | English ver.

Laguna Redang Sun Bath Deck

Laguna Redang Island Resort merupakan sebuah resort yang terletak di Pasir Panjang. Ia terletak berdekatan dengan pantai yang berpasir putih, laut yang jernih serta bukit-bukit yang cantik. Resort ini mempunyai 222 bilik dan bilik suite yang luas. Binaannya begitu sebati dengan alam sekitar namun tetap moden kerana reka bentuknya yang berunsurkan seni bina Melayu tradisional.  Sebab itulah resort ini mempunyai sambutan hangat dari pelancong-pelancong.

Resort ini menawarkan antara restoran dan bar yang terbaik antara semua resort di Redang. Restoran Bufet Sang Suria menyediakan masakan tempatan dan antarabangsa serta makan malam BBQ selang semalam. Tetamu yang lebih suka masakan ala carte boleh menjamu selera di Restoran Ala Carte Sri Serai manakala mereka yang ingin cuba makanan tempatan boleh makan roti canai Medan Selera Warong yang terkenal. Resort ini juga mempunyai tiga bar untuk tetamu bersantai dan sembang-menyembang.

Tetamu boleh melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti yang menarik di Laguna Redang Island Resort. Anda boleh mendaftar untuk kursus menyelam yang disahkan oleh PADI di pusat menyelam, bersantai di kolam renang dan jakuzi, ataupun membeli berbagai-bagai jenis cenderahati dan hadiah di Kedai Cenderahati More More Tea Inn. Kedai tersebut pernah menjadi set sementara untuk wayang Hong Kong ‘Summer Holiday’.

Jenis Bilik dan Aturan Peralatan Tempat Tidur Laguna Redang Island Resort:

Bilik Standard Room – 3 katil single

Bilik Deluxe Garden View – 2 katil single atau 1 katil double (boleh tambah 2 katil)

Bilik Deluxe Pool View – 2 katil single atau 1 katil double (boleh tambah 2 katil)

Bilik Deluxe Sea View – 2 katil single atau 1 katil double (boleh tambah 2 katil)

Bilik Premier Sea View – 2 katil single atau 1 katil double (boleh tambah 1 katil)

Bilik Suite Laguna – 1 katil double saiz “king”, sofa, bilik tamu dan balkoni panjang

Kemudahan-kemudahan Laguna Redang Island Resort:

Ciri-ciri resort:

Kedai Cenderahati More More Tea Inn, pusat menyelam, kolam renang, jakuzi, bilik internet, bilik perubatan, Restoran Bufet Sang Suria, Restoran Ala Carte Sri Serai, Bar Lobby Island, Bar Pool Side, Bar Pantai Tupai, Medan Selera Warong, KTV & Disko Laguna Beach Club, pusat rekreasi dan sebagainya.

Ciri-ciri bilik:

Dilengkapi dengan penghawa dingin, bilik mandi, TV warna, kemudahan membuat kopi & teh, peti keselamatan, shower panas dan sejuk, balkoni peribadi (kecuali bilik standard) dan sebagainya.

Maklumat Pengangkutan dan Akses Laguna Redang Island Resort:

Jeti berlepas dari Semenanjung Malaysia:

Jeti Shahbandar, Terengganu

Jadual pelepasan feri dari Jeti Shahbandar:

9.30am dan 12.00 noon

*Pelancong diminta tiba di Jeti Shahbandar sekurang-kurangnya 30 minit sebelum waktu pelepasan feri untuk proses pendaftaran di kaunter Laguna.

Jadual pelepasan feri dari Pulau Redang:

9.00am dan 11.30am

Waktu Daftar Masuk dan Daftar Keluar Laguna Redang Island Resort:

Waktu daftar masuk:

2.00pm

Waktu daftar keluar:

9.00am atau 11.30am

* Semua maklumat yang tersiar boleh diubah tanpa sebarang notis terlebih dahulu. Aturan peralatan tempat tidur tertakluk kepada ketersediaan semasa tetamu mendaftar masuk.

Pemandangan Laguna Redang Resort:

Laguna Redang Island Resort

Pemandangan Long Beach dari Laguna Redang Resort

Long Beach View from Laguna Redang Resort

View from Laguna Redang Restaurant

Tetamu yang sedang snorkeling di depan Laguna Redang Resort

Snorkeling in front of Laguna Redang

Laguna Resort pada waktu malam

Laguna Redang Island Resort at night

Jenis Bilik dan Aturan Peralatan Tempat Tidur Laguna Redang Resort:

Bilik Deluxe Garden View

Laguna Redang Deluxe Garden View Room

Bilik Deluxe Pool View

Laguna Redang Deluxe Pool View Room

Pemandangan kolam renang dari balkoni peribadi bilik tersebut

View from pool view room

Kemudahan-kemudahan Laguna Redang Resort:

Laguna Redang Swimming Pool

Laguna Redang Sun Bath Deck

Laguna Redang Restaurant

Jeti Laguna Redang Island Resort di Redang

Redang Laguna Jetty

Maklumat Tambahan:

Alamat [icon icon=icon-chevron-sign-right size=14px color=#000 ] Pasir Panjang, Redang Island | S-5, Wisma Tenang, Jalan Sultan Sulaiman, Pulau Redang 20000, Malaysia

Hotel Class [icon icon=icon-chevron-sign-right size=14px color=#000 ] 3 [icon icon=icon-star size=14px color=#000 ]

Bilangan Bilik [icon icon=icon-chevron-sign-right size=14px color=#000 ] 222

Pakej Pelancongan yang Ditawarkan oleh Laguna Redang Resort:

2h1m Laguna Redang Island Resort Pakej Snorkeling

3h2m Laguna Redang Island Resort Pakej Snorkeling

4h3m Laguna Redang Island Resort Pakej Snorkeling

3h2m Laguna Redang Island Resort Pakej Diving

Maklum balas dan laporan penginapan tetamu di Laguna Redang Resort

Laporan Penginapan 4 hari 3 malam Laguna Redang Resort (June 2014)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *