Laporan Cuti 4d3n di Redang Laguna (June 2014)

中文版 | English Version

Kami memang tidak boleh menjelajah dari pulau ke pulau kerana kami datang bersama dengan kanak-kanak. Ini kerana ia lebih penting untuk memastikan anak-anak dapat menikmati makanan lazat, bermain puas-puas dan mendapat rehat yang secukupnya. Kami telah membuat keputusan untuk menginap di Redang Laguna kali ini. Makanan resort ini memang sedap sekali dan makanan resort lain memang tidak boleh dibandingkan dengan yang terdapat di Laguna. Kami telah menempah pakej snorkeling 4 hari 3 malam untuk harga RM3007 dan pakej ini termasuk bilik Garden View, tiga kali makan utama sehari, dua kali snorkeling sehari dan juga pemindahan feri antara jeti dan resort. Kami juga dikenakan surcaj RM50 seorang kerana salah satu malam penginapan ialah hujung minggu.

Saya akan menjelaskan perbezaan di antara bilik garden view, pool view dan sea view. Anda boleh skip bahagian ini sekiranya ada duit ekstra. Saya tidak cadangkan untuk mengambil bilik sea view. Ini kerana anda sudah boleh menikmati pemandangan laut sepanjang hari! Tambahan pula tidak mungkin boleh tengok pemandangan ketika tidur, kan? Selain itu, bilik-bilik ini agak bising pada waktu malam kerana berdekatan dengan bar tepi pantai.Bilik pool view dan bilik garden view adalah sama. Perbezaannya hanya bilik pool view adalah menghadapi kolam renang manakala bilik garden view tidak menghadapi kolam renang.

Kami mengambil penerbangan pagi supaya sempat menaiki feri 9.30am ke Redang (dan juga supaya kami sempat untuk masa makan tengah hari di resort serta mempunyai lebih masa di Redang).

Air Asia flight to Kuala Terengganu

Penerbangan Air Asia dari Kuala Lumpur ke Kuala Terengganu

Kami pergi ke kaunter selepas mengambil bagasi kami untuk membeli kupon tiket ke Jeti Shahbandar (harganya lebih kurang RM30). Jangka perjalanan ke jeti ini ialah 20 minit. Selepas tiba di jeti, kami pergi ke kaunter Laguna untuk mengesahkan tempahan kami serta membayar bayaran masuk ke Taman Laut sebanyak RM5. Tiket ini adalah untuk satu kali masuk sahaja dan anda perlu bayar kalau nak masuk sekali lagi. Kami berjalan-jalan di sekitar jeti dan juga tengok harga feri ke Redang kerana masih ada masa lagi sebelum feri bertolak pada 9am. Harganya lebih kurang RM50 sehala dan jumlah ini telah pun termasuk dalam pakej.

Pakej-pakej yang ditawarkan oleh resort mungkin bukan pilihan yang wajar dalm situasi-situasi tertentu, terutamanya jika anda bercuti di Redang bersama orang tua dan kanak-kanak. Tidak mungkin anda boleh snorkeling sepanjang hari tanpa menjaga mereka. Perjalanan snorkeling biasanya mengambil masa 2 jam tapi masa snorkeling sebenarnya hanya kira-kira 1 jam kerana pemindahan penumpang dari resort ke tapak snorkeling juga mengambil masa 1 jam. Oleh itu memanglah tidak berbaloi kalau ambil pakej resort. Senang saja nak kirakan jumlah yang diperlukan oleh setiap orang berdasarkan kadar bilik, makan, pemindahan feri antara jeti dan resort. Snorkeling biasanya ialah kira-kira RM30 seorang. Selepas itu anda boleh bandingkan antara kedua-dua pilihan ini dan tahu mana satu yang lebih berbaloi. Contohnya, pakej 4 hari 3 malam ini hanya mengandungi 5 kali snorkeling tapi kami tidak menyertai kesemuanya kerana kena menjaga anak-anak. Tambahan pula saya rasa tiada perbezaan di antara snorkeling di dalam laut terbuka dan di sekeliling Laguna asalkan anda pilih tempat yang sesuai. Oleh itu, buatlah kajian terlebih dahulu dan ketahuilah pakej resort mana yang lebih sesuai untuk percutian anda. Perbezaan harga mungkin mencecah beberapa ratus dolar – bukan beberapa dolar yang hilang akibat pertukaran mata wang! Anda pasti tidak ingin membazirkan duit ini.

Saya keluar daripada jeti untuk mencari tempat perhentian teksi dan kaunter pembelian kupon teksi untuk perjalanan bilik nanti. Seorang pak cik mendekati saya dan tanya saya sama ada memerlukan teksi atau tidak. Saya beritahu dia bahawa saya cuma memerlukan teksi waktu perjalanan pulang. Pak cik itu memberikan nombor telefonnya kepada saya seterusnya memberitahu saya bahawa caj sebuah teksi ialah RM30 dan dia akan menunggu kami di jeti semasa hari kepulangan. Saya memberikan nombor telefon saya kepadanya selepas mencatatkan nombor dia dan juga memberitahunya tarikh kepulangan kami. Pak cik tersebut memang mesra terhadap kami –  mungkin dia boleh dapat lebih duit jika kami tidak membeli kupon teksi. Dia juga menghantar SMS kepada kami pada 8am pada hari yang kepulangan kami dari Redang. Walau bagaimanapun, bahasa Inggeris dia tak berapa bagus dan memang sukar untuk saya faham apa yang dia ingin kata. Anda boleh ambil nombor telefonnya daripada saya. Dia memang pemandu teksi berlesen.

Anak-anak tidak mahu tidur ketika perjalanan ke Redang. Memang sukar untuk menenangkan mereka. Kami tiba di Redang selepas kira-kira 1 jam.

Laguna Redang Island Resort Jetty

Jeti Laguna Resort di Pulau Redang 

Selepas itu, kami menaiki sebuah kenderaan yang ditarik oleh sebuah traktor untuk pergi ke resort. Terdapat pelbagai jenis minuman alu-aluan di kawasan daftar masuk supaya para tetamu boleh menghilangkan dahaga. Selepas mendaftar masuk, kami mendapat beberapa keping baucar makan dan kupon diskaun dan diberitahu bahawa kami hanya akan mendapat kunci bilik selepas 2pm. Kami meletak bagasi kami di sebuah bilik kosong dan pergi untuk makan tengah hari.

Kami memang makan di restoran apa bufet di saja sepanjang percutian kami. Restoran ini mempunyai berbagai-bagai jenis makanan untuk pilihan para tetamunya. Janganlah cerewet sangat sebab makanan sini memang lebih bagus daripada yang terdapat di resort lain.

Buffet Lunch in Laguna Redang

Restoran Sang Suria di Laguna Resort

Duduklah di seksyen A restoran ini kalau anda ingin menikmati pemandangan laut. Kami hanya mampu duduk di sana untuk sekali sahaja kerana kawasan tersebut memang selalu ada banyak tetamu. Kami juga terpaksa duduk di meja yang berlainan kerana meja-meja yang lebih besar sudah diambil oleh tetamu lain. Anda boleh duduk di mana-mana sahaja tanpa perlu beratur ataupun tempah meja terlebih dahulu. Selain itu, kebanyakan stafnya cuma boleh bercakap dalam bahasa Inggeris dan langsung tidak faham bahasa Cina. Selepas makan tengah hari, kami balik ke bilik dan mengemaskan barang-barang kemudian berjalan-jalan di pantai. Anak-anak bermain pasir manakala saya mula menerokai dalam air.

Seperti yang anda boleh nampak dalam gambar-gambar, laut di hadapan Laguna memang cantik sekali. Tapi janganlah lupa pakai krim pelindung matahari supaya tidak kena selaran matahari.

Snorkeling in front of Laguna Redang Island Resort

Snorkeling di depan Laguna Resort

Di bawah ialah beberapa gambar ikan-ikan yang berada di kawasan laut Laguna.

Snorkeling in front of Laguna Redang Island Resort Snorkeling in front of Laguna Redang Island Resort
Snorkeling in front of Laguna Redang Island Resort Snorkeling in front of Laguna Redang Island Resort

Selepas menerokai di bawah air untuk lebih kurang dua jam, kami pulang ke resort untuk mandi seterusnya pergi ke Kedai Cenderahati More More Tea Inn untuk membeli minuman ais serta berjalan-jalan di sekitar resort kerana kami masih mempunyai banyak masa sebelum makan malam pada 7pm.

Redang More More Tea Inn Souvenir Shop

Kedai Cenderahati More More Tea Inn yang terkenal

Kami juga pergi ke kolam renang.

Laguna Redang Island Resort Swimming Pool

Kolam Renang Laguna Resort

Selepas makan malam, kami berjalan-jalan di sepanjang pantai dan juga bermain dengan anak-anak. Sebuah band yang terdiri daripada 2 orang lelaki dan seorang perempuan telah mula menyanyi di bar tepi pantai. After dinner, we strolled along the beach and played games with the kids. A band consisting of 2 men and one woman had started performing at the beach bar (unfortunately I forgot to bring along my camera). The performance was quite good – they sang songs in English, Mandarin, Cantonese and even Italian!

Hari Kedua: Snorkeling di dalam Taman Laut dan laut terbuka Teluk Kalong

Kami bangun awal-awal hari ini untuk mengambil gambar pemandangan matahari terbit di Pasir Panjang. Redang Beach Resort terletak di tepi Laguna Redang sahaja.

Redang Beach Resort

Pemandangan Redang Beach Resort dari pantai

Pantai di hadapan Laguna bukan tempat terbaik untuk menikmati pemandangan matahari terbit. Walau bagaimanapun, pasir di sekeliling Laguna memang lebih halus daripada yang terdapat di tempat lain. Kami terus berjalan seterusnya pusing kiri untuk ke Lagun Redang di mana kami dapat pemandangan yang baik kerana pantai di situ menghadapi matahari.

Sunrise view from Redang Long Beach

Pemandangan matahari terbit yang menakjubkan di Pasir Panjang

Kami snorkeling di dalam Taman Laut pada waktu pagi. Biasanya para tetamu akan membeli tiket masuk Taman Laut ketika proses pendaftaran masuk. Sekeping tiket berharga RM5 sama ada dewasa ataupun kanak-kanak. Anak-anak dah bersiap sedia untuk snorkeling. Taman Laut sebenarnya snagat dekat dengan resort dan cuma perjalanan melalui bot cuma mengambil masa 10 minit.

Taman Laut cuma sebuah pulau yang kecil dengan pantai. Sini memang ada banyak ikan tapi keistimewaan Taman Laut ialah jumlah besar batu karang yang terdapat di sini (sebenarnya apa yang terdapat di sini juga dapat dilihat di Redang – saya akan menceritakan lebih tentang itu sekejap lagi).

Taman Laut mempunyai banyak ikan tapi semuanya lebih kurang sama dengan yang terdapat di tapak snorkeling yang lain. Landak laut juga boleh didapati di sini (tapi tiada seekor pun di depan Laguna).  Di bawah ialah gambar-gambar ikan-ikan dan batu karang semasa perjalanan snorkeling.

Snorkeling in Redang Marine Park Snorkeling in Redang Marine Park
Snorkeling in Redang Marine Park Snorkeling in Redang Marine Park
Snorkeling in Redang Marine Park Snorkeling in Redang Marine Park
Snorkeling in Redang Marine Park Snorkeling in Redang Marine Park
Snorkeling in Redang Marine Park Snorkeling in Redang Marine Park

Batu karang di Taman Laut memang saiznya besar. Oleh itu, anda tidak perlu berenang jauh sangat untuk melihatnya. Anda akan dinasihatkan oleh resort supaya tidak keluar daripada sempadan yang ditandakan oleh pelampung-pelampung putih kerana pihak resort tidak akan bertanggungjawab sekiranya apa-apa kemalangan berlaku. Nasihat saya ialah untuk berada dalam kawasan selamat sahaja. Anda boleh berenang ke kawasan air di bawah jeti sekiranya anda lebih berani. Seekor belut berada di sini. Saya tidak menerokai tempat itu kerana ia agak gelap dan juga kerana seorang staf resort memberitahu saya bahawa seorang pelancong telah digigit oleh belut tersebut pada hari sebelumnya. Oleh itu dia menasihati saya supaya jangan menghampiri ikan tersebut. Sesi snorkeling tamat pada kira-kira 11.20am. Anda harus mengambil perhatian masa dan menaiki bot apabila masa sudah sampai kerana bot akan berlepas tepat pada masanya tanpa menunggu sesiap yang lewat (ini disebabkan oleh terapat juga tetamu-tetamu dari resort yang lain).

Sesi snorkeling petang dijalankan di laut terbuka Teluk Kalong. Anak-anak tidak lagi mampu pergi snorkeling kerana kali ini tiada pantai untuk mereka berehat jika keletihan. Bot membawa kita ke tengah-tengah laut dan kami masuk air untuk snorkeling. Sini juga ada pelbagai jenis batu karang, landak laut, dan ikan-ikan seperti yang terdapat di Taman Laut. Kami juga mampu lihat seekor Nemo di kalangan anemone yang berada di atas terumbu karang.

Para tetamu selalunya pergi snorkeling pada 3pm dan tamat pada kira-kira 4.45pm. Pengingatan akan diberikan oleh resort terlebih dahulu. Pelancong yang suka mengembara boleh berenang ke mana-mana sahaja kerana tiada sebarang sempadan di sini. Walau bagaimanapun, staf-staf akan menasihati anda supaya berenang ke arah kawasan yang lebih cetek.

Selepas makan malam kami juga berseronok dengan anak-anak di atas pantai. Hari kedua tamat!

Hari Ketiga: Snorkelling di sekitar pintu masuk Redang Reef Resort yang kedudukannya bertentangan dengan Laguna

Air sini memang jernih dan dalamnya kira-kira 10 meter. Kawasan ini juga ialah lokasi di mana discovery dive Redang Reef dijalankan. Kami bermain dengan anak-anak di kolam renang dan juga snorkeling di depan Laguna.

Saya juga bangun awal hari ini kerana saya bercadang untuk mengunjungi Redang Reef Resort yang duduk bertentangan dengan Laguna.

Pathway to Redang Reef Resort from Laguna Resort

Laluan yang menuju ke Redang Reef Resort

Laguna Resort view from Redang Reef Resort

Pemandangan Laguna Resort dari Redang Reef Resort

Sunrise view from Redang Long Beach

Pemandangan matahari terbenam yang indah sekali.

Selepas sarapan pagi, kami tidak pergi ke Taman Laut. Kami juga tidak menyewa bot untuk pelayaran mengelilingi pulau. Walau bagaimanapun, anda boleh menyewa bot daripada resort untuk pelayaran mengelilingi pulau selama 4 jam pada harga RM400. Pelayaran tersebut akan berhenti 3 hingga 4 kali supaya anda boleh snorkel dan lihat kehidupan marin (seperti penyu dan Nemo).

Kami bawa anak-anak ke kawasan laut depan Laguna untuk memberi makanan kepada ikan-ikan. Saya membuat keputusan untuk berenang lebih jauh kerana berasa cukup yakin setelah snorkeling sepanjang hari semalam. Kawasan laut di depan saya agak gelap. Saya tidak pasti sama ada fenomena ini disebabkan oleh waktu itu masih awal pagi atau pembiasan cahaya. Ketika itulah saya nampak dua ekor ikan besar yang saiznya lebih kurang 1 meter dan sama besar dengan seorang kanak-kanak. Tapi memang pasti yang ikan-ikan itu memang besar walaupun tidak nampak bentuk dan saiz mereka dengan jelasnya. Masa itu saya masih berada di dalam kawasan yang sedalam 4 hingga 5 meter. Saya panik dan terus berenang balik ke pantai seterusnya memberitahu orang ramai di sana bahawa saya ternampak ikan-ikan besar yang berkemungkinan ialah ikan yu. Semua orang memang tidak percaya sebab ikan terbesar di sana sepanjang lengan tangan sahaja! Saya membawa seorang kawan lelaki dan balik ke sana sekali lagi.

Saya mampu mengambil gambar ini. Semua orang percaya akan kata-kata saya dan tidak berani berenang terlalu jauh daripada pantai. Gambar memang menunjukkan bahawa ada dua ekor ikan di tengah-tengah gambar walaupun gambarnya kabur sedikit.

mini shark encounter in Redang Long Beach

Ikan yu mini yang ditemu di Pasir Panjang Redang

Saya memang bimbang apabila nampak “ikan yu” ini dan menunjukkan gambar ini kepada staf di Pusat Rekreasi. Oleh sebab tanda-tanda di ekor ikan tersebut agak jelas, dia dapat mengenal pasti spesies ikan itu dengan cepat. Dia memberitahu saya bahawa spesies ini sangat sedap!

Dia kata bahawa saya boleh berenang melalui ikan-ikan itu sahaja kerana spesies ini tidak agresif. Dia juga beritahu saya bahawa saya boleh menyaksikan benda-benda yang lebih menarik di dalam kawasan laut yang lebih dalam, terutamanya penyu sebab dia dah menekankan perkataan “penyu” beberapa kali. Kata-katanya menarik minat saya dan saya pergi ke kawasan tersebut dengan beberapa orang kawan.

Setengah jam sudah lalu daripada masa berlakunya peristiwa “ikan yu” tersebut. Air dah lebih terang sekarang dan kami boleh melihat dengan jelas. Saya memang kecewa sebab tidak lagi dapat melihat dua ekor ikan itu lagi. Ikan inilah yang terbesar di antara yang saya pernah tengok. Panjangnya lebih kurang lengan tangan. Ikan-ikan di sini memang biasa dengan manusia kerana sering diberi makanan oleh pelancong yang snorkeling di sini. Mereka akan menggigit tangan manusia demi mencari makanan. Seorang kawan digigit oleh ikan dan dia kata bahawa gigitannya agak sakit walaupun ikan tersebut tiada gigi.

big fish encountered in Redang Long Beach

Ikan besar yang ditemu di Pasir Panjang Redang

Gambar-gambar ini diambil di sekitar Redang Reef Resort. Air sini dalamnya kira-kira 10 meter – lebih kurang sama dengan kedalaman di tapak snorkeling laut terbuka.

Corals around Redang Reef Resort Corals around Redang Reef Resort
Corals around Redang Reef Resort Corals around Redang Reef Resort

Pelbagai jenis batu karang

Seorang pelancong tengah cuba discovery dive.

discovery diving in Redang

Anak-anak berehat untuk seketika sebelum makan tengah hari. Kami mengambil gambar kerana kami akan meninggalkan Redang esok tetapi masih belum mengambil apa-apa gambar lagi. Semua gambar yang ditangkap sebelum hari ini ditangkap semasa snorkeling.

Kami ternampak seekor biawak hari ini dan juga hari seterusnya. Saya rasa ia mungkin tinggal di bawah bilik sea view. Memang menakutkan sebab ia sangat panjang!

Ini ialah bar tepi pantai. Bar ini menjual kelapa tapi harganya agak mahal. Anda juga boleh mendapat makanan ringan di sini. Terdapat juga persembahan-persembahan pada waktu malam.

Redang Laguna Resort Beach Bar

Kedai Cenderahati More More Tea Inn.

Redang More More Tea Inn Souvenir Shop
Banyak juga orang (terutamanya orang putih) kerana hari itu hujung minggu.

Redang Long Beach in front of Laguna Resort

Gambar Laguna Redang Island Resort.

Laguna Redang Island Resort

Gambar ini terambil kerana seorang pengantin berjalan ke arah saya sewaktu saya tengah mengambil gambar. Dia pastinya berpeluh banyak sebab cuaca hari itu memang panas!

Wedding photo shot in Redang
Anak-anak dah bosan mengambil gambar dan bising-bising nak pergi ke kolam renang. Kami balik ke kolam renang dan bermain dengan anak-anak. Nampaknya anak-anak memang suka bermain di dalam kolam renang!
Kami mandi dan makan malam setelah penat bermain di kolam renang. Lepas itu kami bermain di atas pantai. Mula-mulanya saya bercadang nak pergi minum dengan beberapa orang kawan yang saya kenali dalam dua hari ini tapi akhirnya saya memutuskan untuk membatalkan pelan itu untuk meluangkan lebih masa dengan anak-anak.

Selamat malam!

Hari Keempat: Selamat tinggal, Redang!

Kami akan meninggalkan Redang hari ini. Saya dah mula rindu akan Pulau Redang walaupun belum meninggalkannya lagi! Ini berlaku terhadap saya setiap kali bercuti kerana saya tidak tahu bila saya akan melawat ke tempat tersebut lagi. Saya bangun awal lagi hari ini dan luarnya masih gelap lagi (mungkin masih belum 6am). Saya berjalan-jalan di sekitar untuk mengambil lebih gambar (saya sudah mengambil gambar setiap resort).

Nampaknya semalam hujan lebat kerana saya nampak takungan air pada meja-meja dan kerusi-kerusi. Saya terjumpa lubang-lubang ketam di sepanjang pantai tapi tiada pun seekor ketam yang saya nampak! Nampaknya ketam-ketam Redang lebih cerdik berbanding dengan yang terdapat di Maldives.

Inilah Redang Holiday Beach Villa yang terletak di hujung lain Pasir Panjang.

Redang Holiday Beach Villa
Pantai sini agak kotor dan pasirnya lebih kasar kalau dibandingkan dengan yang terdapat di sekeliling Laguna.

Sari Pacifica Resort & Spa yang mempunyai 5 bintang. Harganya agak tinggi tapi saya tidak akan komen apa-apa terhadap perkhidmatan dan kemudahannya kerana saya tidak pernah menginap di sini.

Sari Pacifica Resort & Spa
Nampaknya kebanyakan resort di sini tidak mempunyai jeti sendiri (sekurang-kurangnya saya tidak nampak). Tapi Laguna mempunyai jeti sendiri. Mungkinkah ini bukti bahawa ia ialah resort yang paling popular di Redang? Tapi macam mana para tetamu resort yang lain pergi ke resort masing-masing? Lihatlah gambar di bawah.

Boat arriving to outer shore of Redang Long Beach

Mula-mulanya bot akan berhenti di kawasan air yang lebih dalam seterusnya memindahkan para penumpang ke sebuah bot yang lain

Visitors arriving to Redang Long Beach

Seterusnya bot akan datang dekat pantai untuk menurunkan para penumpang

Kami mendaftar keluar setelah habis makan sarapan pagi. Seterusnya kami menaiki feri 9am ke Semenanjung Malaysia. Pak cik yang saya bagi nombor telefon hari itu menelefon saya ketika kami sedang menaiki feri. Mungkin ada salah faham ketika itu sebab nombor telefon yang saya berikan kepada dia ialah kepunyaan keuarga Encik Cheng. Walau bagaimanapun, pak cik tersebut menghantar SMS kepada saya tidak lama kemudian dan memberitahu saya bahawa dia telah membawa bersama dua kereta dan tengah menunggu ketibaan kami di jeti.

Selamat tinggal, Redangku!

Kami tiba di lapangan terbang seterusnya mendaftar masuk bagasi kami. Selepas itu, kami berjalan-jalan di dalam lapangan terbang kerana masih ada sedikit masa lagi sebelum kapal terbang berlepas. Kami menaiki kapal terbang tepat pada masanya.

Laporan percutian oleh: Super Dream daripada Mafengwo


Resort Redang Popular

[columns] [span3]

Redang Beach Resort

[/span3][span3]

Redang Laguna Resort

Laguna Redang Island Resort

[/span3][span3]

Coral Redang Island Resort

[/span3][span3]

Redang Holiday Beach Villa

[/span3][/columns]