Menyelam di Pulau Redang (Scuba Diving)

discovery diving in Redang

中文版 | English Version

Segitiga Terumbu Karang merujuk kepada kawasan perairan yang merangkumi Filipina, Indonesia dan Papua New Guinea. Kawasan perairan ini merupakan perairan yang mempunyai jumlah terbesar spesies akuatik di dunia dan 80% daripada spesies ini boleh terdapat di Pulau Redang. Sebab inilah Pulau Redang ialah salah satu tapak menyelam Semenanjung Malaysia yang paling popular. Kawasan perairan berdekatan dengan pulau ini mempunyai lebih daripada 30 tapak menyelam yang dapat memenuhi semua jenis tahap kemahiran daripada beach dive hingga ke deep dive yang mencabar. Terdapat juga taman karang, dinding menyelam dan bawah berpasir dan semua ini amat sesuai untuk peminat fotografi. Semua tapak menyelam ini boleh diakses melalui bot laju.

Selam rekreasi dan kursus menyelam yang disahkan oleh PADI turut ditawarkan oleh pusat menyelam di kebanyakan resort. Penginapan 4 hari 3 malam seharusnya mencukupi untuk menghabiskan kelas-kelas teori kursus air terbuka PADI serta sesi-sesi air terbuka. Walau bagaimananpun, para pelancong disyorkan untuk memilih penginapan sekurang-kurangnya 5 hari 4 malam supaya dapat benar-benar menikmati percutian serta dapat mempunyai lebih masa untuk mencuba beberapa selam rekreasi selepas kursus tamat.

Para penyelam boleh memilih untuk menggunakan mana-mana pusat menyelam tetapi memanglah ia lebih menyenangkan untuk menggunakan pusat menyelam di resort-resort masing-masing. Caj pusat menyelam ini berbeza tantara satu sama lain tetapi anda tidak harus bimbang kerana perbezaannya tidak besar sangat disebabkan oleh persaingan sengit di antara resort. Shore dive dan boat dive masing-masing berharga RM60 dan RM90.Walau bagaimanapun, resort-resort menawarkan pakej-pakej yang termasuk 2 hingga 3 kali menyelam. Oleh itu, harga satu kali menyelam akan lebih murah jika ianya termasuk di dalam pakej. Tetamu pula akan dicaj RM160 untuk satu kali ‘discovery dive’.

Tapak Menyelam yang Popular di Kawasan Utara Pulau Redang

Terdapat tiga tapak menyelam di kawasan utara Pulau Redang. Perairan di Tanjung Tokong dan Tunnel Point, yang titik terdalamnya kira-kira 30 meter, mempunyai banyak jenis ikan dan ini menjadikan kedua-dua tapak ini antara tapak yang paling popular di kawasan tersebut. Tanjung Lang ialah tapak yang paling cetek dengan air yang hanya 18 meter dalam. Tapak ini mempunyai cambuk laut, kipas laut dan juga batu karang. Tapak-tapak utara ini terletak jauh daripada kebanyakan resort tetapi sangat berdekatan dengan pantai terlindung di Chagar Hutang. Pantai ini tidak membenarkan sebarang aktiviti pelancongan disebabkan oleh aktiviti pemuliharaan penyu yang dijalankan oleh SEATRU. Oleh itu, tapak-tapak di kawasan utara mempunyai terumbu karang yang paling sihat di antara semua kawasan.

Tunnel Point

Tunnel Point dinamakan sebegitu kerana batu-bata besar membentuk struktur yang berbentuk seperti terowong. Penyelam boleh berenang melalui struktur-struktur tersebut dan ini memberikan pengalaman menyelam yang unik yang tidak dapat dialami di tapak menyelam yang lain. Tambahan pula, penyelam yang mengambil perhatian akan dapat mendengar satu bunyi menarik yang terhasil apabila batu-bata saling melanggar akibat ditolak oleh ombak. Terdapat pelbagai jenis hidupan akuatik di dalam struktur-struktur ini. Contohnya seperti bumphead parrotfish, jack’, nudibranch dan barakuda kecil dan juga kipas Gorgonian yang berpaut pada dinding-dinding yang telah dikelilingi oleh batu karang lembut dan keras.

Tanjung Tokong (North Point)

Tanjung Tokong terletak berdekatan dengan Teluk Penyu di Chagar Hutang. Tempat ini amat sesuai untuk memerhatikan penyu karah dan penyu hijau kerana di sinilah terletaknya stesen SEATRU. Walaupun perairan di kawasan ini agak berombak, tetapi penyelam dapat melihat banyak jenis spesies marin di sini seperti ikan kakap, ikan Napoleon, nudibranch, cacing pipih, jack, ikan ekor kuning dan kadang kalanya ikan yu. Karang lembut, kipas laut dan span meliputi kebanyakan batu-bata di kawasan ini. Penyelam dapat arah renangan ke Teluk Penyu (di mana terdapat karang keras dan lembut yang penuh warna-warni) betul jika terumbu karang berada di sisi kiri mereka sewaktu mereka berenang.

Tanjung Gua Kawah

Tanjung Gua Kawah berada di hujung timur laut Redang dan seharusnya dielakkan oleh penyelam yang kurang pengalaman kerana ombak di sana agak kuat. Batu-bata tenggelam ke bawah berpasir yang kira-kira 15 meter dalam. Tapak ini amat sesuai untuk lihat spesies pelagik di laut terbuka dan juga spesies ikan lain yang bersembunyi di bawah gua-gua dan unjuran-unjuran untuk mengelakkan arus yang mengalir di perairan ini. Walau bagaimanapun, terumbu karang di sini langsung tidak menakjubkan.

Tapak Menyelam yang Popular di Sekitar Pasir Panjang Pulau Redang

Tanjung Tengah dan Tanjung Mak Cantik di Pasir Panjang mempunyai terumbu karang dan amat sesuai untuk beach dive pada waktu pagi atau malam, discovery dive, dan juga snorkeling kerana kedua-dua tapak ini mudah diakses oleh penyelam/ahli snorkel. Titik terdalam perairan di sini kurang daripada 15 meter. Penyelam akan dapat menyaksikan bayi dan kadang kala jerung blacktip dewasa di sini. Selain itu, penyelam yang mengintai di bawah karang meja dan batu-bata juga kadang kala mampu bertemu dengan Jenkins whipray.

Pulau Paku Besar dan Pulau Paku Kecil

Pulau Paku Besar dan Pulau Paku Kecil terletak berdekatan dengan Pasir Panjang dan merupakan tapak snorkeling yang terkenal. Kawasan perairan yang mempunyai bawah berpasir dapat memberikan pengalaman menyelam yang berbeza kepada para penyelam. Pelbagai jenis hidupan seperti pipefish dan razorfish tinggal di sekitar bawah berpasir.

Chek Isa (Mini Mount)

Chek Isa ialah sebuah terumbu karang yang bermula di air yang dalamnya 8 meter dan tumbuh sehingga bawah berpasir yang dalamnya 20 meter. Ia jelas ditandakan dengan dua batu besar yang diliputi oleh pelbagai spesies hydroid, span, dan karang lembut. Selain itu, karang ini juga mempunyai spesies marin lain seperti angelfish, cowry, cacing pokok Krismas yang berwarna-warni, ikan kerapu, parrotfish, batfish, spidershell, wrasse dan lain-lain spesies yang tinggal di kalangan terumbu karang.

Para penyelam juga harus menumpukan perhatian ketika menyelam supaya dapat melihat devil scorpionfish yang suka menyamar mengikut warna sekeliling. Spesies ini biasanya terdapat di bawah berpasir. Kadang kalanya arus yang mengalir melalui kawasan ini akan memberikan peluang kepada penyelam untuk melihat pelagik. Penyelam juga harus memerhati perairan di sebalik terumbu karang kerana berkemungkinan akan dapat melihat jerung blacktip dewasa.

Menyelam di sini pada waktu malam merupakan satu pengalaman yang menarik kerana perairan di sini merupakan habitat kepada banyak spesies marin nokturnal seperti cowry, ketam, belut, udang karang, sotong, dan landak.

Mak Cantik (Maxi Mount)

Mak Cantik merupakan sebuah gunung bawah air yang berada di perairan sedalam 12 hingga 18 meter. Ia terletak berdekatan dengan Chek Isa. Mak Cantik mempunyai sebuah taman karang yang terdiri daripada sejumlah besar karang lembut dan keras. Ia digemari oleh para penyelam jika dibandingkan dengan yang terdapat di Chek Isa kerana taman karang Mak Cantik lebih cantik dan ada di antaranya mempunyai taman anemone karang yang cantik sekali. Arus juga melalui kawasan perairan ini seperti di Chek Isa dan fenomena ini memberikan peluang untuk melihat pelagik.

Hidupan marin di sini lebih kurang sama dengan yang terdapat di Chek Isa kerana kedua-duanya memang berdekatan dengan satu sama lain. Pelbagai jenis ikan seperti ray, kakap, batfish, puffer, barakuda ekor kuning, dan juga spesies yang lebih biasa dinampak seperti angelfish, jerung blacktip, ikan butterfly, damselfish, parrotfish dan wrasse. Para penyelam juga harus memerhati perairan di sebalik terumbu karang kerana mungkin boleh nampak ikan ray yang lebih besar serta jerung whitetip.

Tapak Menyelam yang Popular di Sekitar Teluk Kalong Pulau Redang

Tanjung Cina Terjun

Tanjung Cina Terjun ialah salah satu tapak menyelam kegemaran saya di Pulau Redang. Saya rasa ia adalah satu-satunya tempat yang patut digelar sebagai “syurga jurugambar”. Para penyelam boleh bertemu dengan banyak ikan belut dan lionfish di sini.

Bawah berpasir yang mengelilingi perkarangan merupakan habitat kepada ikan-ikan pari. Scorpionfish dan stonefish juga didapati di sini di kalangan batu karang dan menyamar mengikut sekelilingnya. Selain itu, lionfish dan porcupine fish mendiami di kalangan cambuk laut dan ikan puffer juga didapati di sini. Pelbagai jenis jerung seperti cat shark, bamboo shark dan leopard shark pula berada di bawah batu-bata.

Tanjung Cina Terjun menawarkan para penyelam pengalaman menyelam yang unik. Perairan di sini agak tenang dan titik terdalamnya hanya 18 meter dalam. Oleh itu, penyelam yang kurang pengalaman juga boleh menyelam di sini pada waktu pagi dan malam. Anda juga berpeluang untuk bertemu dengan ikan belut sekiranya anda menerangkan lampu suluh ke dalam lubang-lubang dan ceruk-ceruk.

Pulau Kerengga

Dua pulau yang dikenali sebagai Pulau Kerengga Besar dan Pulau Kerengga Kecil terletak di barat laut Tanjung Cina Terjun. Terumbu karang di sini amat besar dan airnya agak cetek. Oleh itu, tapak ini sangat sesuai untuk ahli snorkeling dan penyelam yang kurang pengalaman.

Pulau Kerengga Besar dan Pulau Kerengga Kecil terletak di barat laut Tanjung Cina Terjun. Tapak menyelam ini turut sesuai untuk ahli snorkeling dan penyelam yang kurang pengalaman kerana saiz terumbu karang di sini agak besar dan juga kerana perairan kawasan ini agak cetek. Bawah berpasir kawasan ini dikelilingi oleh beberapa habitat ikan ray dan jerung. Kawasan perairan di sekitar Kerengga Besar agak tenang dan cetek (lebih kurang 15 meter dalam) dan sangat sesuai untuk penyelam yang kurang pengalaman. Perairan di antara dua pulau ini mempunyai sebuah taman karang yang terdiri daripada karang lembut dan keras. Para penyelam di perkarangan ini berpeluang bertemu dengan humphead parrot, jack, ikan tuna, ikan kakap dan trevallies. Penyelam yang suka menyelam pada waktu malam juga berpeluang untuk melihat pelbagai jenis udang dan ketam.

Pulau Lima

Pulau Lima dan gunung bawah air di sekelilingnya ialah entiti yang paling bernilai di seluruh Taman Laut Redang. Ini berdasarkan satu kajian yang dijalankan pada tahun 1976. Kajian tersebut mendapati bahawa terumbu karang di kawasan tersebut digelar sebagai “Redang Mini” kerana ia mewakili persekitaran marin di seluruh Taman Laut Redang.

Pulau Lima boleh diakses dengan mudah dari resort-resort Pasir Panjang. Tapak-tapak menyelam yang bagus boleh didapati di keempat hujung Pulau Lima. Antara yang paling terkenal ialah Big Mount yang terletak di utara dan Black Coral Garden yang terletak di barat. Black Coral Garden mempunyai banyak coral dan karang lembut.

Selatan Pulau Lima

Hujung selatan Pulau Lima terdiri daripada sebaris batu-bata besar yang diliputi dengan anemone laut, karang keras dan lembut serta spesies invertebrat yang lain. Tempat persembunyian untuk ikan karang berada di tapak batu bata ini. Semua ini dibentuk oleh gua-gua yang terletak di tapak batu-bata. Di sebelah timur terletak dinding yang sedalam 13 meter dan diliputi oleh batu karang. Ia mencerun beransur-ansur sehingga 30 meter dalam. Cambuk laut dan kipas laut berada di perairan yang dalam. Selain daripada spesies ikan karang yang lebih biasa dinampak, para penyelam juga dapat melihat jerung blacktip, lionfish, moray eel dan ikan puffer.

Utara Pulau Lima

Banyak penyelam akan bersetuju bahawa “Big Mount” ialah tapak menyelam yang terbaik di kawasan sekitar Pulau Lima. Ia terletak kira-kira 50 hingga 100 meter dari hujung utara Pulau Lima. Kedalaman “Big Mount” dianggarkan sebagai 35 meter. Oleh itu, ia ialah salah satu tapak menyelam yang paling dalam.

“Big Mount” merupakan satu tapak menyelam yang sangat popular di kalangan penyelam. Ia memberikan peluang kepada para penyelam untuk bertemu dengan pelbagai jenis spesies pelagik seperti barakuda, jerung blacktip, ikan jenahak, ikan tuna dan juga ikan yu paus. Pertemuan dengan yu paus pastinya akan memberikan pengalaman menyelam yang tidak dapat dilupakan. Rupa bumi yang terdiri daripada batu-bata bermula di 20 meter dan tamat di 30 meter. Ia diliputi dengan pelbagai jenis kipas Gorgonian, karang lembut dan keras, taman karang dan anemone laut.

Tapak Menyelam yang Popular di Bahagian Utara Pulau Redang

Terumbu Kili (South Point)

Terumbu Kili berada di hujung selatan Pulau Pinang dan sering dikatakan sebagai salah satu tapak menyelam yang terbaik di Pulau Redang. Ia merupakan singkapan batuan yang timbul daripada permukaan air dan mencerun beransur-ansur ke bawah berpasir. Kedalamannya kira-kira 20 meter.

Berhati-hati terhadap arus kuat yang mengasingkan Pulau Pinang daripada Terumbu Kili. Oleh itu, anda patut mengelakkan tapak menyelam ini sekiranya anda tidak mempunyai pengalaman menyelam yang mencukupi. Antara spesies marin yang berada di sini termasuk barakuda, fusilier, jack, obor-obor, kakap, ikan ekor kuning dan kadang kalanya jerung blacktip. Tebing-tebing di cerun pula diliputi dengan taman karang yang terdiri aripada kipas laut, karang lembut dan cambuk laut. Para penyelam juga berpeluang untuk bertemu dengan penyu karah di tapak ini.

Pulau Ling & Batu Chipor

Pulau Ling ialah satu singkapan batuan kecil tanpa sebarang pantai. Ia pernah ialah tapak menyelam yang popular pada masa lalu. Ciri uniknya ialah dua buah kepala karang yang berbentuk seperti cendawan. Kedua-duanya dianggarkan berusia seratus tahun dan merupakan struktur karang yang terbesar di luar pantai timur Semenanjung Malaysia. Ukuran lilitan kepala yang lebih besar ialah 24.5 meter manakala ukuran untuk satu lagi ialah 23.2 meter. Para penyelam juga boleh menerokai perkarangan di tapak ini kerana perairannya tidak dalam sangat (kira-kira 10 hingga 20 meter). Gua-gua yang berada di tapak kepala-kepala karang ini merupakan habitat kepada spesies seperti angelfish, ikan cardinal, dan moorish idols. Unjuran-unjuran gua pula diliputi dengan karang yang berwarna jingga.

Batu Chipor terletak di bahagian utara Pulau Ling. Lokasinya ditanda oleh sebuah pelampung yang terletak 20 meter daripada satu singkapan batuan yang kecil. Pelampung ini sukar dikesan ketika air surut. Walaupun perairan sini agak cetek (lebih kurang 8 hingga 15 meter dalam), penyelam yang kurang pengalaman patut mengelakkan kawasan ini kerana arus yang melalui sini agak kuat. Dinding batu di sini diliputi dengan kipas laut dan batu karang manakala bawah berpasir diliputi dengan batu karang dan hard staghorn.

Kedua-dua tapak menyelam kurang dikunjungi oleh para penyelam sekarang disebabkan oleh peningkatan jumlah bot yang melalui perairan ini.

Pulau Ekor Tebu

Batu-bata curam yang tingginya 24 meter serta bawah berpasir ialah dua komponen utama hujung timur laut Pulau Ekor Tebu. Terdapat juga sebuah gua bawah air yang sedalam 20 meter. Antara spesies ikan yang terdapat di sini termasuk barakuda, batfish, jerung blacktip, pompano, trevallies dan kadang kalanya eagle ray, terutamanya ketika arus melalui kawasan ini. Kerang gergasi dan spesies kerang lain juga terdapat di sini.


Resort Redang Popular

[columns] [span3]

Redang Beach Resort

[/span3][span3]

Redang Laguna Resort

Laguna Redang Island Resort

[/span3][span3]

Coral Redang Island Resort

[/span3][span3]

Redang Holiday Beach Villa

[/span3][/columns]