Pantai Tercantik di Pulau Redang

Redang Kalong Resort Beach Front

中文版 | English Version

Pelancong yang menggemari pantai mesti akan jatuh cinta pada pantai-pantai Pulau Redang. Anda akan dapat menikmati pantai yang berpasir putih di semua resort kecuali Redang Island Resort. Walaupun serpihan batu karang sentiasa didepositkan di atas pantai oleh ombak laut, namun pasir pantai akan dipulihkan beransur-ansur kerana pasir yang baru akan dibentuk secara berterusan. Kebanyakan pelancong akan bersetuju bahawa Teluk Dalam mempunyai pantai-pantai yang tercantik, diikuti oleh pantai-pantai Pasir Panjang dan Teluk Kalong.

Pantai Teluk Dalam

Teluk Dalam Beach Redang

Pantai yang berpasir putih di Teluk Dalam Kecil

Teluk Dalam mempunyai dua pantai yang berbeza. Salah satu daripadanya terletak di Teluk Dalam Besar. Tiada resort beroperasi di sini. Pantai yang satu lagi terletak di Teluk Dalam Kecil di mana duduknya Taaras Beach & Spa Resort. Laut di kawasan tersebut amat sesuai untuk berenang kerana airnya tenang dan jernih. Kedua-dua pantai ini diasingkan oleh satu singkapan batuan tetapi tetap disambungkan oleh sebatang jalan yang dibina di atas sebuah bukit. Selain itu, terdapat juga sebatang jalan yang menghubungkan Pasir Panjang ke pantai Teluk Dalam Besar. Perjalanan ini mengambil masa lebih kurang 60 minit.

Long Beach (Pasir Panjang)

Long Beach Pasir Panjang

Pasir Panjang Pulau Redang

Pasir Panjang dinamakan sebegitu kerana pantai tersebut panjang dan luas serta mempunyai bentuk huruf ‘V’ atau bentuk sayap burung. Bahagian utara Pasir Panjang dibentuk oleh satu ‘sayap’ yang lebin panjang manakala bahagian selatannya dibentk oleh sayap yang lebih pendek. Tanjung Tengah merupakan titik pertemuan kedua-dua ‘sayap’ ini. Jangka masa yang diperlukan untuk berjalan dari hujung selatan (Redang Reef Resort terletak di sini) ke hujung utara (Redang Holiday Beach Villa terletak di sini) ialah lebih kurang 15 hingga 20 minit.

Pantai Teluk Kalong

Redang Kalong Resort Beach Front

Pantai Teluk Kalong di hadapan Redang Kalong Resort

Ketiga-tiga pantai di Teluk Kalong pun lebih kecil dariapda pantai-pantai di Teluk Dalam dan Pasir Panjang. Walau bagainmanapun, pantai-pantai Teluk Kalong memberikan ruang privasi yang lebih besar kepada para tetamu kerana jumlah tetamu dan resort di sini tidak ramai. Hanya pantai utara Teluk Kalong boleh diakses daripada Pasir Panjang.


Resort Redang Popular

[columns] [span3]

Redang Beach Resort

[/span3][span3]

Redang Laguna Resort

Laguna Redang Island Resort

[/span3][span3]

Coral Redang Island Resort

[/span3][span3]

Redang Holiday Beach Villa

[/span3][/columns]