Pasir Panjang Pulau Redang

Sunrise at Long Beach Redang

中文版English Version

Pasir Panjang dinamakan sebegitu kerana pantai tersebut panjang dan luas serta mempunyai bentuk huruf ‘V’ atau bentuk sayap burung. Bahagian utara Pasir Panjang dibentuk oleh satu ‘sayap’ yang lebih panjang manakala bahagian selatannya dibentuk oleh sayap yang lebih pendek. Tanjung Tengah merupakan titik pertemuan kedua-dua ‘sayap’ ini. Jangka masa yang diperlukan untuk berjalan dari hujung selatan (Redang Reef Resort terletak di sini) ke hujung utara (Redang Holiday Beach Villa terletak di sini) ialah lebih kurang 15 hingga 20 minit.

Banyak disko, karaoke dan warung makanan boleh didapati di sepanjang pantai Pasir Panjang untuk memenuhi keperluan para tetamu di sini. Ini kerana kebanyakan resort Pulau Redang terletak di pantai Pasir Panjang. Resort-resort yang terletak di kedua-dua hujung pantai dapat memberikan privasi yang paling banyak kepada para tetamu. Contohnya seperti Redang Reef dan Redang Holiday serta bilik standard Laguna yang terletak berdekatan dengan pusat menyelam resort tersebut di Teluk Bakau.

Long Beach Pasir Panjang

Cuaca yang cerah di Pasir Panjang Pulau Redang

Makan apa di Pasir Panjang?

Pelbagai jenis medan selera dan warung makanan boleh didapati di sini. Contohnya seperti Medan Selera Laguna, Summerpoint dan Kopitiam Redang Beach dan juga kedai-kedai makan di Redang Bay. Kesemuanya buka dari lewat petang sampai malam kecuali kedai-kedai makan di Redang Bay yang buka sepanjang hari. Semua kedai yang disebut tadi menjual pelbagai jenis makanan tempatan dan juga makanan antarabangsa. Anda boleh menikmati makanan tempatan yang sedap seperti roti canai di medan selera Laguna, burger Ramly di Kopitiam serta makanan laut, nasi dan mi di hampir semua kedai makan atau restoran. Terdapat juga makanan ringan dan pencuci mulut tempatan seperti cempedak goreng, keropok lekor, teh tark dan ice kacang. Semua ini boleh didapati pada harga yang berpatutan. Masakan Barat seperti fish and chips, lamb chop dan steak berharga RM10-RM18 manakala nasi goreng dan mi berharga RM5-RM6. Selain itu, Summerpoint juga menyediakan nasi goreng dan mi untuk RM7-RM8 serta kari kepala ikan untuk RM25. Jika anda suka pencuci mulut, anda tidak boleh melepaskan peluang untuk mencuba ice kacang dan aiskrim di kafe Laguna dan kedai bakeri/pencuci mulut La Patissiera di Redang Beach.

Hiburan malam di Pasir Panjang

Pasir Panjang amat sesuai untuk tetamu yang ingin mencari tempat hiburan malam selepas menjalankan aktiviti air untuk sepanjang hari. Antaranya termasuk disko pantai di Redang Beach dan Redang Pelangi ataupun disko tertutup berhawa dingin di Laguna Resort. Tetamu yang berani boleh menyanyi di karaoke luar yang terdapat di kebanyakan resort manakala tetamu yang lebih malu boleh menyanyi bersama-sama dengan kawan-kawan di karaoke tertutup di disko Laguna. Tetamu bukan Muslim juga boleh berehat dan bersantai di bar-bar dan kafe-kafe resort sambil menikmati minuman beralkohol seperti bir dan wain.

Matahari Terbit dan Terbenam

Salah satu aktiviti yang paling menarik ketika bercuti di Redang ialah melihat matahari terbit. Para tetamu yang menginap di Pasir Panjang ataupun Teluk Kalong akan mendapat tempat duduk baris hadapan untuk menikmati pemandangan matahari terbit yang memang menakjubkan sekali. Walau bagaimanapun, ini kena terpulang kepada keadaan cuaca pada hari tersebut.

Sunrise at Long Beach Redang

Matahari terbit di Pasir Panjang

Bahagian sebelah bertentangan dengan pasir panjang tidak mempunyai sebarang resort atau pantai untuk menikmati pemandangan ketika matahari terbit. Oleh itu, anda perlu menyewa sebuah bot ataupun menyertai pelayaran matahari terbenam.

Sunset at Long Beach

Matahari terbenam di Pasir Panjang


Resort Redang Popular

[columns] [span3]

Redang Beach Resort

[/span3][span3]

Redang Laguna Resort

Laguna Redang Island Resort

[/span3][span3]

Coral Redang Island Resort

[/span3][span3]

Redang Holiday Beach Villa

[/span3][/columns]