Kampung Cina terletak berdekatan dengan pusat bandar Kuala Terengganu di muara sungai Sungai Terengganu. Ia ditubuhkan oleh pedagang-pedagang Cina dan merupakan tempat kediaman orang Cina yang datang ke Malaya dari China 200 tahun yang lalu. Kedua-dua tepi jalan Kampung Cina dipenuhi oleh bangunan-bangunan tradisional yang berwarna-warni. Kebanyakan bangunan ini telah diubahsuai dan dijadikan bangunan konkrit moden seperti kedai kopi, kedai runcit, restoran dan kedai cenderahati. Walau bagaimanapun, terdapat juga bangunan yang masih mengekalkan ciri-ciri tradisional seperti pintu kayu besar dan ukiran kayu pada tingkap-tingkap.

Kampung Cina amat digemari oleh jurugambar kerana bumbung panjangnya yang berwarna-warni. Pemandangan dari sini amat indah sekali terutamanya ketika matahari terbenam.

Bangunan Kampung Cina yang berkurun lama telah diwartakan sebagai tapak warisan dan disenaraikan di bawah Program World Monument Watch Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu. Bantuan kewangan akan diberikan setiap tahun bagi tujuan memastikan bangunan-bangunan tersebut berada dalam keadaan baik.

Tarikan-tarikan Kampung Cina

1) Perigi Low Tiey
Salah satu tarikan terkenal Kampung Cina ialah Perigi Low Tiey. Perigi ini dikorek oleh keluarga Lim yang datang ke Semenanjung Malaysia dari China lebih kurang 300 tahun yang lalu. Keluarga ini membuat keputusan untuk tinggal di Kuala Terengganu dan seterusnya mereka mula mengusahakan tanah di sini dan menanam tanaman. Oleh itu, mereka telah mengorek perigi tersebut bagi memenuhi keperluan domestik mereka.

Kebanyakan perigi di pekan tersebut kering kontang semasa musim kemarau pada tahun 1875, kecuali perigi ini yang masih mempunyai bekalan air yang mencukupi. Walau bagaimanapun, keluarga Lim membuat keputusan untuk berkongsi bekalan air perigi ini dengan penghuni-penghuni yang lain. Oleh itu, para penghuni menamakan perigi tersebut “Low Tiey” sebagai tanda terima kasih kepada keluarga Lim. Nama itu sedemikian kerana ketua keluarga Lim bernama “Low Tiey”.

2) Pasar Besar Payang
Pasar Payang Besar ialah tarikan yang mesti dikunjungi oleh semua pengunjung ke Kuala Terengganu. Pasar ini terletak di sebelah Sungai Terengganu dan Kampung Cina. Ia amat sesuai untuk anda membeli belah sebelum melawat ke atau selepas balik dari Pulau Redang kerana lokasinya yang amat dekat dengan Jeti Shahbandar. Pasar Payang Besar ditempatkan di dalam sebuah bangunan dua tingkat dan terdiri daripada pasar basah dan pusat dagang. Anda dapat membeli pelbagai jenis barang di sini pada harga yang berpatutan. Contohnya seperti batik, songket, barangan loyang, sutera dan juga makanan ringan seperti keropok lekor dan serunding. Tempat ini juga amat sesuai untuk anda menghayati budaya tempatan.

3) Lorong Penyu
Lorong Penyu bertujuan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap isu ancaman spesies penyu yang membiak di pantai-pantai Kuala Terengganu. Lorong ini merupakan idea Chan Eng Heng, seorang ahli konservasi penyu dan profesor bersara Universiti Malaysia Terengganu. Lukisan-lukisan mozek dan papan-papan logam yang tergantung di dinding lorong ini menceritakan tentang “Little Turtle Messenger”, sebuah cerita yang membawa mesej konservasi penyu. Para pelawat juga boleh menghayati beberapa quota terkenal dan trivia mengenai isu pemeliharaan spesies penyu.

Restoran yang Popular di Chinatown

1) Madam Bee’s Kitchen
Restoran ini merupakan satu-satunya restoran yang menyediakan masakan ala Peranakan di seluruh Terengganu. Madam Bee’s Kitchen dinamakan sedemikian kerana pemiliknya bernama Madam Tan Choo Bee. Restoran ini ialah salah satu restoran yang paling terkenal di Kuala Terengganu dan pernah disiarkan di sebuah akhbar tempatan. Pemiliknya juga pernah memenangi beberapa anugerah dan restoran ini juga pernah mendapat kedudukan #2 dalam satu kajian yang dilakukan oleh laman web tripadvisor.com.my yang melibatkan 19 restoran di Kuala Terengganu.

Bahagian dalam restoran ini mewujudkan suasana nostalgia kerana ia dihiasi dengan perabot dan foto-foto antik seperti yang terdapat di kopitiam-kopitiam masa dahulu.

Antara hidangan-hidangan tandatangan Madam Bee’s Kitchen termasuk Nasi Lemak, Kari Laksa, Nasi Kerabu dan Mi Jawa.

Alamat: Madam Bee’s Kitchen, 177, Jalan Kampung Cina, 20100 Kuala Terengganu, Terengganu.

2) Restoran Golden Dragon
Anda mesti pergi ke Restoran Golden Dragon sekiranya anda meminati masakan Cina. Restoran ini amat digemari oleh penduduk tempatan dan para pelancong. Oleh itu, anda perlu tiba lebih awal sekiranya anda bercadang untuk makan malam di situ. Restoran ini menyediakan beberapa set makan malam yang terdiri daripada beberapa jenis masakan dan berharga RM32 hingga RM60. Cubalah ikan kerapu kukus ala Teochew, udang masam manis, kangkung belacan dan tiram goreng di restoran ini.

Alamat: Golden Dragon Restaurant, 198 Jln Kampung Cina, 20100 Kuala Terengganu, Terengganu.

3) Ah Hung Kopitiam
Kedai ini terletak berdekatan dengan jambatan di Kampung Cina dan terkenal disebabkan oleh kopi, roti bakar dan kaya serta 2 jenis mi yang berbeza. Mi ‘Hokkien’ dimasak dengan menggoreng mi kuning tebal dengan telur, kepingan daging, kubis bulat dan kicap pekat. Mi ‘Cantonese’ pula dimasak dengan menuangkan kuah yang mengandungi telur, brokoli Cina serta kepingan daging ke atas mi xin rangup yang digoreng terlebih dahulu. Cubalah masakan-masakan ini sekiranya anda mengunjungi kedai ini.

Alamat: Ah Hung Kopitiam, 136 Jalan Kampung Cina, 20100 Kuala Terengganu, Terengganu.

4) Medan Selera Town City
Anda seharusnya mengunjungi Medan Selera Town City jika anda hendak mencuba makanan-makanan warung. Contoh masakan yang terdapat di sini termasuk bak kut teh, mi pan dan ikan bakar. Sotong lada hitam yang terdapat di sini juga amat lazat. Pelancong yang suka minum bir juga harus datang ke Medan Selera Town City kerana harga bir di sini adalah yang terendah di seluruh pekan.

Alamat: Town City Food Court, Jalan Kampung Cina, 20100 Kuala Terengganu, Terengganu.

5) Restoran CT
Restoran ini juga dikenali sebagai Stimbot CT. Semua masakannya tetap berharga berpatutan walaupun ia menyediakan pelbagai jenis masakan yang hanya diperbuat oleh bahan-bahan mentah yang paling segar. Suasananya amat bagus dan pekerja-pekerjanya juga sangat mesra. Cubalah filet ikan yu dan ayam masam manisnya.

Alamat: Restoran CT, 200-202 Jalan Kampung Cina, 20100 Kuala Terengganu, Terengganu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *