Biasanya pelancong yang ingin balik selepas bercuti di Pulau Redang akan mempunyai sedikit masa lapang selepas tiba di Jeti Shahbandar atau Jeti Merang pada awal petang. Oleh itu, para pelancong boleh mengambil peluang ini untuk mengunjungi tarikan-tarikan pelancong yang popular di Kuala Terengganu ataupun melawat ke Kampung Cina Kuala Terengganu.

Di bawah adalah beberapa tarikan popular yang anda boleh kunjungi.

1.00pm – Pandulah kereta sepanjang ‘bumbung panjang’ Kampung Cina yang penuh warna-warni dan kunjungi Pasar Besar Payang Kuala Terengganu. Seterusnya naik taxi air untuk pergi ke Seberang Takir, sebuah perkampungan nelayan yang dihiasi dengan bot nelayan yang berwarna-warni. Pandulah kereta sepanjang Bukit Puteri dan kunjungi tempat pelancongan yang terkenal seperti Waterfront, Istana Maziah dan Masjid Negeri. Selepas itu, anda boleh lawat ke Masjid Kristal yang terletak di Taman Tamadun Islam di atas Pulau Wan Man. Taman ini mempunyai 21 replika struktur seni bina yang dipengaruhi oleh unsur-unsur Islam. Seterusnya anda boleh pergi ke perkampungan nelayan Pulau Duyung yang terletak di muara sungai Sungai Terengganu untuk menyaksikan seni pembuatan bot Terengganu yang terkenal di persada dunia. Anda juga boleh menikmati pemandangan indah rumah-rumah jangkungan kayu Kampung Cina dari tanjung Pulau Duyung.

4.00pm – Kunjungi Pantai Batu Buruk dan kilang loyang untuk menyaksikan proses pembuatan loyang Terengganu. Kemudian pergi ke kilang batik dan Masjid Tengku Tengah Zaharah yang juga dikenali sebagai Masjid Terapung.

6.00pm – Pemindahan ke Lapangan Terbang Sultan Mahmud Shah atau terminal bas Kuala Terengganu untuk perjalanan balik.

Semua tarikan yang diperkenalkan terletak berdekatan satu sama lain. Para pelancong boleh menyewa sebuah kereta ataupun menyertai lawatan ke tempat-tempat tersebut.

2 Responses

  1. Saya ada plan ke pulau redang pada 19 mei mendatang….berangkat dari penang ….bagaimana nak pesan paket wisatanya

Leave a Reply to low Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *