中文版 | English Version

Trekking melalui denai-denai hutan di Redang merupakan salah satu cara terbaik untuk mengenali spesies flora dan fauna yang terdapat di pulau tersebut. Beberapa spesies di Redang merupakan spesies yang jarang ditemui. Walau bagaimanapun, para pelancong yang ingin bertemu dengan spesies-spesies tersebut harus mendapatkan bantuan daripada pemandu-pemandu trekking di Redang. Disenaraikan ialah beberapa laluan trekking yang paling terkenal untuk rujukan para pelancong.

Trek A: Jalan kampung

Jalan ini panjangnya 3km sehala. Trekking di jalan ini agak senang. 

Fungsi jalan ini adalah untuk menghubungkan Jeti Kampung dan Taaras (Berjaya) Resort. Para tetamu resort ini (sama ada menaiki feri ke Jeti Kampung ataupun menaiki penerbangan Berjaya Air ke Redang) pasti akan menggunakan jalan ini. Jalan tersebut melalui landasan kapal terbang, kampung dan juga Sungai Redang. Haiwan-haiwan ternakan seperti kambing dan biri-biri juga didapati di sepanjang jalan ini. Biawak-biawak juga boleh dinampak di sepanjang tebing sungai.

Trek B: Jalan akses di Pasir Panjang

Laluan ini kira-kira 1.5km sehala dan trekking di sini agak senang.

Denai ini terletak di sepanjang jalan berturap di belakang resort-resort Pasir Panjang. Ia dibina pada tahun 2010 dan menjangkau seluruh pantai Pasir Panjang. Redang Holiday Resort dan Teluk Bakau (di sini letaknya jeti Laguna) dihubungkan melalui jalan ini. Fungsi utama jalan ini ialah untuk mengangkut bekalan-bekalan dan para tetamu dari jeti di belakang setiap resort, terutamanya ketika cuaca buruk. Ini kerana ia agak menyusahkan untuk berbuat demikian dari pantai di hadapan resort-resort ketika cuaca buruk. Jika anda ingin pergi ke jalan ini dari jeti Laguna, anda perlu menuju ke arah kiri sehingga anda dapat melihat papan tanda besar yang menunjukkan jarak-jarak ke resort-resort. Pusing ke arah kanan dari situ dan menuju ke arah menara telefon bimbit yang terletak di tepi kuarters kakitangan Laguna. Jika anda ingin pergi ke jalan ini dari hujung Pasir Panjang yang lain, anda perlu masuk ke Redang Holiday Resort seterusnya berjalan melepasi ruang makan sehingga anda sampai ke banglo setingkat resort. Pusing ke kiri di situ dan meneruskan perjalanan anda di sepanjang jalan berturap yang terletak di sisi tempat penginapan dua tingkat. Anda dicadangkan untuk memulakan perjalanan anda melalui jalan berturap dan menggunakan pantai depan semasa perjalanan pulang.

Trek C: Pasir Panjang ke Teluk Dalam

Panjang denai ini kira-kira 2km sehala. Trekking di jalan ini agak senang tetapi anda diingati supaya memakai sandal atau kasut. 

Jalan ini menghubungkan Pasir Panjang dan Teluk Dalam (Taaras Resort terletak di sini) dan ditanda dengan baik. Ia melalui hutan dan mempunyai beberapa segmen yang menuju ke atas bukit dan beberapa segmen yang turun bukit. Titik permulaan laluan ini terletak di jalan berturap di belakang resort-resort Pasir Panjang, di antara Coral Redang Resort dan Redang Bay Resort. Ia ditanda oleh saluran-saluran elektrik dan air yang dibina ke dalam hutan. Hujung lain laluan ini melalui sebuah hutan paya bakau dan menjangkau sehingga sebuah pantai kosong yang terletak di sisi pantai di Berjaya Resort. Resort tersebut terletak di sudut jauh Teluk Dalam Besar. Anda akan melalui pokok-pokok keruing sepanjang jalan ini. Dapatkan pemandu dari staf resort untuk menunjukkan jalan sekiranya anda tidak berapa pasti arah yang hendak dituju.

Trek D: Pasir Panjang ke Teluk Kalong

Denai ini 0.8km sehala. Trekking di jalan ini senang tetapi anda diingati supaya memakai sandal.  

Jalan ini menghubungkan Pasir Panjang ke pantai utara Teluk Kalong. Anda harus berjalan ke pantai Teluk Bakau dari jeti Laguna dan meneruskan perjalanan sepanjang teluk untuk 200 meter sehingga anda sampai ke hujungnya. Selepas itu, masuk ke denai yang menuju ke pedalaman dan pusing kiri untuk pergi ke pantai. Anda akan tiba di salah satu hujung pantai Teluk Kalong. Jalanlah di sepanjang pantai sehingga anda tiba di Redang Kalong Resort. Pada masa ini tiada jalan ketara yang menghubungkan segmen pantai Kalong ini ke pantai yang bersebelahan. Oleh itu, anda harus berjalan sepanjang 500 meter melalui hutan untuk sampai ke pantai di sebelah. Sebatang laluan pejalan kaki yang mengelilingi singkapan batuan ke Mutiara Resort (terletak di selatan pantai Kalong) terdapat di Amannagappa.

Trek E: Tanjung Tengah

Denai yang menuju ke atas bukit ini kira-kira 150 meter panjang. Trekking di sini agak susah. Berhati-hati apabila trekking ketika hari-hari basah kerana denai akan denai ini akan menjadi agak licin ketika itu.

Tanjung Tengah terletak di tengah-tengah pantai di Pasir Panjang. Ia memberikan peluang kepada para pelancong untuk menikmati pemandangan Pasir Panjang, lautan dan juga pulau-pulau di sekitar. Jalan ini tidak ditanda dengan baik dan patut dielakkan ketika cuaca basah atau hujan. Ini kerana anda perlu memanjat batu-bata ketika trekking di jalan ini. Oleh itu, ia agak membahayakan kerana jalan ini akan menjadi agak licin ketika itu. Anda boleh masuk ke jalan ini dari hujung pantai Shark Bay (pantai ini menghadap ke Redang Beach Resort). Titik masuk ke jalan ini agak susah untuk dikesan kerana ia merupakan satu laluan sempit yang dibarisi oleh batu bata. Anda akan tahu bahawa arahnya betul sekiranya anda sampai ke batu bata yang curam dan sebatang tali yang biru. Anda perlu menggunakan tali tersebut untuk mendaki ke atas batu bata ketika fasa pertama pendakian kerana fasa ini lebih curam. Selain itu, anda perlu mencuba tali tersebut kerana ianya telah pun lusuh. Terdapat beberapa dahan di sepanjang pendakian. Anda perlu menggunakan dahan-dahan ini untuk sampai ke tempat-tempat yang memberikan pemandangan bahagian utara ataupun bahagian selatan Pasir Panjang. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia telah meletak satu petanda konkrit di puncak pendakian tersebut.

Trek-trek yang lain

Jika anda ialah seorang yang suka mencabar sendiri, anda boleh tanya staf resort mengenai cara untuk mendaki bukit-bukit dan tebing-tebing yang terletak di rabung timur Pulau Redang. Anda akan dapat melihat pemandangan indah Teluk Kalong dan Pasir Panjang dari situ. Denai-denai trekking turut terdapat di Pulau Pinang, di mana terletaknya Pusat Taman Laut. Anda harus mendapatkan bantuan seorang pemandu untuk menunjukkan jalan sekiranya anda hendak mengembara di luar denai-denai agar anda tidak sesat jalan. Selain itu, anda patut juga membawa bersama telefon bimbit agar dapat menghubungi sesiapa sekiranya ada apa-apa kecemasan. Anda tidak perlu risau akan masalah ketiadaan isyarat kerana isyarat telefon sudah pun terdapat di seluruh Pulau Redang.

Benda-benda Menarik yang Boleh Dilihat Ketika Trekking

Pulau Redang mempunyai dua rabung bukit: tiga bukit di rabung timur dan empat di rabung barat. Sungai Redang ialah sungai utama di Redang dan ia mengalir di antara dua rabung ini. Kedua-dua belah muara zon pasang surut Sungai Redang dipenuhi dengan hutan paya bakau. Zon pasang surut merupakan satu kawasan yang bukan laut mahupun darat. Hutan tersebut merupakan salah satu hutan paya bakau yang terbesar di Pantai Timur Semenanjung Malaysia.

Hutan paya bakau memainkan peranan yang penting dalam memelihara biodiversiti alam sekeliling. Ia merupakan habitat kepada spesies akuatik dan darat dan antara contoh species yang terdapat di hutan paya bakau termasuk krustasea, ikan-ikan dan moluska. Sekurang-kurangnya 50 peratus daripada spesies ikan laut akan menghabiskan sekurang-kurangnya satu peringkat hidup di hutan paya bakau. Hutan paya bakau juga berfungsi untuk mengurangkan hakisan tanah kerana ia mengurangkan ombak-ombak yang akan menghakis tanah. Sebuah hutan paya bakau air tawar yang kecil juga terdapat di hulu Sungai Redang. Hutan tersebut ialah salah satu daripada dua hutan sebegitu di Redang. Hutan yang satu lagi terletak di Teluk Dalam. Pokok-pokok rumbia terdapat di sepanjang tebing Sungai Redang.

Flora di Redang termasuk 16 spesies orkid liar dan di antaranya terdapat spesies yang jarang. Kajian yang dijalani mendapati bahawa Teluk Dalam mempunyai kepelbagaian spesies orkid yang tertinggi di seluruh Redang. Selain itu, Redang juga mempunyai pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan ubatan seperti tongkat ali. Anda akan dapat melihat suatu fenomena yang menarik di pantai timur laut Redang. Pokok-pokok di kawasan ini semuanya bersandar ke arah tiupan angin. Ini kerana pokok-pokok tersebut sentiasa terdedah kepada tiupan angin, terutamnya angin kencang ketika musim monsun timur laut.

Pokok sukun mempunyai daun besar dan amat banyak jumlahnya di Pulau Pinang. Pokok-pokok ini dibawa masuk ke Pulau Pinang oleh penghuni-penghuni awal pulau tersebut. Sukun terlibat dalam peristiwa “Dahagi Bounty” yang terkenal dalam sejarah. Dalam peristiwa tersebut, anak-anak kapal ‘Bounty’ mendahagi dan mengusir kapten mereka dari kapal tersebut. Kaptennya yang bernama William Bligh hanya diberikan sebuah bot untuk melarikan diri. Dahagi tersebut berlaku apabila Kapten William Bligh tengah dalam perjalanan untuk mengangkut pokok-pokok sukun ke Jamaica supaya hamba-hamba di situ tidak kelaparan. Buah sukun mengandungi karbohidrat yang tinggi. Ia boleh dimakan dalam beberapa cara: dididih, ditumis, dikeringkan, dijadikan serbuk ataupun dipanggang. Hirisan-hirisan nipis selalunya digoreng dan dijadikan kerepek. Kepingan-kepingan yang lebih tebal pula dihidangkan dengan sirap dan mentega setelah dibakar atau digoreng. Bulan Ogos ialah waktu di mana buah sukun dituai. Buah-buah ini selalunya menjadi makanan kelawar, tupai dan juga haiwan-haiwan lain.

Redang tidak mempunyai banyak spesies fauna jika dibandingkan dengan bilangan yang terdapat di Semenanjung Malaysia. Ini juga sama di pulau-plau lain. Pulau Redang tidak mempunyai haiwan-haiwan besar. Haiwan-haiwan domestik seperti kambing dan biri-biri ialah haiwan yang terbesar di atas pulau tersebut. Spesies haiwan lain di atas Redang termasuk kancil, kera makaka, rodensia, empat spesies ketam, lapan spesies kelawar, lebih daripada 50 spesies burung (termasuk spesies migrasi), pelbagai spesies cicak (termasuk biawak) dan 84 spesies rama-rama dan serangga lain.

Antara spesies burung yang biasa dinampak di atas Redang ialah burung dark-necked tailorbird, burung olive-backed sunbird, burung pink-necked pigeon, burung walet, dara laut dan helang laut berperut putih. Burung walet putih dan hitam membiak di dalam gua-gua dan tebing-tebing di seluruh Redang. Sarang-sarang dua spesies burung ini dikatakan mempunyai kegunaan perubatan. Walau bagaimanapun, sarang-sarang tersebut hanya dikumpul selepas burung-burung walet meninggalkannya. Ini supaya burung-burng walet muda dapat dilindungi dengan baik sebelum matang dan juga supaya populasinya dapat dipelihara.


Resort Redang Popular

[columns] [span3]

Redang Beach Resort

[/span3][span3]

Redang Laguna Resort

Laguna Redang Island Resort

[/span3][span3]

Coral Redang Island Resort

[/span3][span3]

Redang Holiday Beach Villa

[/span3][/columns]