Tempat Penginapan di Pulau Redang

Air Asia flight to Kuala Terengganu

中文版 | English Version

Pulau Redang mempunyai 14 resort dan ini terdiri daripada resort bajet hingga ke resort mewah lima bintang. Oleh itu, resort-resort tersebut patut boleh memenuhi semua jenis keperluan. Walau bagaimanapun, pelancong yang ingin menginap di pondok ‘A-frame’ ala ‘backpacker’ atau tapak perkhemahan patut bercuti di pulau yang lain kerana tiada kemudahan sebegitu di Redang.

Kebanyakan resort terletak di pantai Pasir Panjang dan Teluk Kalong (terletak di bahagian timur Redang), kecuali Taaras Beach & Spa Resort dan Redang Island Resort. Taaras, juga dikenali sebagai Berjaya Redang Resort, terletak di pantai Teluk Dalam manakala Redang Island Resort (nama lamanya ialah Berjaya Spa Resort) terletak di Teluk Siang.

Semua resort mempunyai pantai sendiri kecuali Redang Island Resort.

Pakej pelancongan yang ditawarkan oleh resort-resort Redang mengandungi penginapan, snorkeling dan juga pemindahan feri 2 hala antara Redang dan Kuala Terengganu atau Merang. Pakej-pakej ini amat popular dalam kalangan para pelancong kerana ia memang berbaloi. Kadar bilik-sahaja juga ditawarkan dan memberikan lebih pilihan makanan untuk dipilih oleh para tetamu. Kunjungilah laman web ini untuk mendapat maklumat terkini mengenai kadar bilik, harga pakej dan kemudahan-kemudahan di resort kerana pihak kami mengemas kini pakej pelancongan ke Redang dari semasa ke semasa.

Penginapan di Pulau Redang

Jika anda seorang yang ingin ketenangan dan ruang privasi yang besar, anda harus menginap di pantai Teluk Dalam atau Teluk Kalong. Anda boleh memilih mana-mana satu resort yang terletak di pantai-pantai tersebut, seperti Mutiara Beach Resort, Redang Kalong Resort, dan Taaras Beach & Spa (Berjaya) Resort. Resort-resort di Teluk Kalong dapat memberikan ketenangan dan ruang privasi yang besar kepada para tetamunya kerana pantai-pantai di Teluk Kalong tiada disko atau karaoke. Redang Kalong berada di pantai utara manakala Wisana (juga dikenali sebagai Amannagappa) merupakan satu-satunya resort di pantai tengah. Redang Mutiara terletak di pantai selatan dan merupakan satu-satunya resort yang tertinggal selepas tapak-tapak perkhemahan di sana ditutup.

Pilihlah mana-mana resort di Pasir Panjang untuk mengakses berbagai-bagai jenis disko, kedai makan dan aktiviti-aktiviti lain. Laguna Redang (terutamanya bilik-bilik dengan pemandangan taman), Redang Holiday Beach Villa, Redang Reef Resort dan Sari Pacifica Resort adalah antara resort-resort yang lebih sunyi kerana kedudukan resort-resort tersebut di kedua-dua hujung pantai. Anda boleh memilih untuk menginap di Redang Bay Resort, Redang Beach Resort dan Redang Pelangi Resort sekiranya anda meminati disko-disko dan ingin bercampur dengan golongan muda.

Pilihlah mana-mana resort di antara Coral Redang Island Resort, Redang Beach Resort, Laguna Redang Resort, Taaras Beach & Spa dan Sari Pacifica Resort sekiranya anda ingin tempat penginapan yang lebih mewah. Taaras terkenal kerana keselesaan dan privasi yang ditawarkan olehnya. Ini kerana resort ini merupakan satu-satunya resort di pantainya. Tetamu patut boleh mencari tempat peribadi sendiri walaupun semasa waktu puncak kerana para tetamu Taaras akan dapat mengakses dua buah pantai di Teluk Dalam Besar dan Teluk Dalam Kecil. Jika anda tidak suka pantai, anda boleh menginap di Redang Island Resort yang terletak di Teluk Siang dan berdekatan dengan landasan kapal terbang Pulau Redang.

Anda boleh menikmati pakej bufet yang terbaik di Laguna Redang ataupun pergi ke Taaras Beach & Spa sekiranya anda lebih suka makanan ala carte.


Resort Redang Popular

[columns] [span3]

Redang Beach Resort

[/span3][span3]

Redang Laguna Resort

Laguna Redang Island Resort

[/span3][span3]

Coral Redang Island Resort

[/span3][span3]

Redang Holiday Beach Villa

[/span3][/columns]