Snorkeling di Pulau Redang

中文版 | English Version

Pulau Redang ialah sebuah Taman Laut yang terletak di pantai timur laut Semenanjung Malaysia. Ia merupakan tapak snorkeling dan menyelam yang terkenal. Selain pulau yang utama, kawasan di sekitarnya juga terdapat beberapa pulau-pulau yang kecil. Walaupun Redang mempunyai tapak-tapak snorkeling yang dipenuhi dengan perkarangan yang cantik, namun pelancong masih kena tahu di mana terdapatnya tapak yang bagus kerana kualiti secara puratanya tidak begitu baik.

Pakej-pakej pelancongan yang ditawarkan oleh semua resort di Redang termasuk sesi snorkeling. Resort-resort juga menyediakan perkhidmatan penyewaan peralatan snorkeling seperti jaket keselamatan, mask, snorkel dan keseluruhan setnya berharga RM20-30 untuk satu penginapan. Snorkeling sesuai untuk semua orang termasuk kanak-kanak dan orang tua. Anda cuma memerlukan peralatan tertentu seperti jaket keselamatan, mask dan juga snorkel. Mask power dan jaket keselamatan yang bersaiz kanak-kanak juga boleh disewa tetapi kuantitinya amat terhad. Para tetamu yang mengutamakan kebersihan dan juga kesesuaian saiz jaket keselamatan patut membawa peralatan sendiri.

Staf-staf akan membimbing para tetamu yang kurang pengalaman snorkeling dan juga untuk memastikan tapak tersebut tiada arus-arus supaya para tetamu boleh snorkeling dengan selamat. Roti juga akan diberikan kepada para tetamu supaya mereka dapat memberikan makanan kepada ikan-ikan. Tetamu-tetamu yang snorkeling jauh dari pantai harus memahami bahawa tindakan mereka ini mungkin akan membahayakan nyawa mereka kerana kawasan tersebut tidak berada di bawah tanggungjawab anggota penyelamat.

Kebanyakan tapak-tapak snorkeling yang jauh dari pantai hanya dapat diakses melalui bot.

Snorkeling di Tanjung Tengah Redang

Terumbu karang di Tanjung Tengah Pasir Panjang berkemungkinannya mempunyai jumlah spesies marin yang terbanyak. Hujung selatannya merupakan habitat kepada golongan muda jerung blacktip. Oleh itu, ia merupakan tempat yang paling sesuai untuk nampak spesies ini, terutamanya dari bulan April hingga Ogos. Anda mungkin akan dapat nampak 12 ekor jerung tersebut pada satu-satu masa. Spesies marin lain yang terdapat di perkarangan kawasan ini termasuk orange-striped triggerfish, schooling needlefish, barakuda, sotong, penyu dan ikan-ikan karang yang biasa dinampak.

Terumbu karang ini telah mengalami kerosakan akibat aktiviti pelancong. Tapak ini memang disambut hangat oleh para pelancong kerana ia mudah diakses. Kerosakan ini terutamanya ketara pada batu karang yang lebih dekat ke pantai kerana ia hanya berada di dalam perairan yang cetek ketika air surut. Oleh itu, perkarangan ini mudah terdedah kepada kerosakan ketika air surut apabila terpijak atau tertendang oleh ahli-ahli snorkeling. Akibatnya, ahli-ahli snorkeling kini tidak lagi dibenarkan untuk menyewa fin untuk mengelakkan kerosakan yang lebih teruk terhadap perkarangan tersebut. Anda perlu mengambil perhatian terhadap beberapa perkara ketika snorkeling supaya tidak merosakkan perkarangan tersebut: berhati-hati ketika snorkeling dan menjarakkan diri daripada batu karang. Selain itu, anda tidak harus pergi ke luar sempadan yang ditanda oleh pelampung-pelampung putih kerana perairan tersebut digunakan oleh bot-bot.

Snorkeling di Tanjung Mak Cantik Redang

Terumbu karang ini terletak di hujung selatan Pasir Panjang dan menjangkau dari perairan di depan Redang Reef Resort ke singkapan batuan pada pantai yang terletak di belakang resort. Jumlah pelancong di sini kurang kerana lokasinya yang terpencil. Salah satu cara untuk menerokai perkarangan tersebut: masuk ke dalam perairan dari pantai di hadapan resort kemudian menuju ke arah kanan dan berjalan di sisi singkapan batuan. Antara spesies yang terdapat di sini termasuk titan triggerfish, sotong, porcupine fish, giant grouper, kerang, Christmas tree corals, ikan pari dan penyu.

Anda juga boleh menuju ke perairan ini dari pantai di belakang resort. Singkapan batuan akan berada di sebelah kiri jika anda menggunakan jalan ini. Perairan di sebelah lain singkapan batuan mempunyai arus-arus. Oleh itu, ia tidak sesuai untuk ahli snorkeling yang kurang pengalaman.

Snorkeling di Taman Laut Redang 

Taman Laut merupakan tapak snorkeling yang paling popular. Oleh itu, tapak ini biasanya dibanjiri dengan para pelancong ketika musim cuti. Kawasan perairan di sekitar Taman Laut Pulau Pinang diliputi dengan karang keras. Air di Taman Laut dalamnya 3 hingga 6 meter. Ia memberikan peluang yang ideal kepada para pelancong untuk melihat pelbagai jenis spesies marin. Antara spesies yang terdapat di perkarangan buatan manusia di bawah jeti (diperbuat daripada paip-paip PVC) ialah moray eel dan giant grouper.

Kawasan ini mempunyai jumlah ikan yang terbesar di mana-mana tempat disebabkan oleh tindakan memberi makan oleh para pelancong. Antara spesies yang terdapat di sini termasuk damselfish, wrass, sergeant major, parrotfish, dan triggerfish. Ikan-ikan ini sering mencari makan daripada para pelancong. Oleh itu, anda harus berhati-hati ketika memberi makan supaya tangan anda tidak dicederakan oleh ikan-ikan tersebut! Contoh spesies yang boleh dinampak dalam perairan di sebelah barat jeti termasuk jerung blacktip dewasa dan Napoleon wrass.

Sebuah kapal karam terletak di perairan di sebelah timur jeti. Kedalamannya ialah lebih kurang 8 hingga 10 meter. Struktur-struktur kapal karam ini diliputi dengan batu karang. Para pelancong perlu berhati-hati semasa snorkeling di sekitar kapal karam supaya tidak dicederakan oleh hydroid-hydroid dan struktur-struktur kapal. Ceruk-ceruk dan tempat-tempat persembunyian yang terbentuk oleh kapal karam berfungsi sebagai habitat-habitat untuk angelfish, batfish, giant grouper dan moray eel. Selain itu, para pelancong harus berhati-hati ketika berenang ke arah kapal karam kerana arus-arus yang terdapat di kawasan tersebut. Walau bagaimanapun, para pelancong akan dinasihatkan supaya tidak berenang ke situ apabila terdapat arus-arus. Selain itu, para pelancong patut berada di dalam sempadan yang ditandakan oleh pelampung-pelampung putih supaya tidak bertemu dengan arus-arus yang sentiasa berulang-alik di selat di antara Pulau Pinang dan Redang.

Tapak Snorkeling yang Lain di Redang

Sebuah terumbu karang terletak di dalam perairan di hadapan Redang Holiday Resort. Ia berada di antara batu-bata di bawah chalet-chalet resort tersebut. Pelancong yang ingin mengunjungi perkarangan tersebut patut berjalan ke kiri dari pantai di hadapan resort seterusnya berjalan sepanjang pantai berbatu.

Perkarangan juga boleh didapati di perairan di resort-resort Teluk Kalong. Perkarangan yang berhampiran dengan jeti Redang Kalong Resort berfungsi sebagai habitat bayi-bayi jerung blacktip. Para tetamu boleh menyaksikan spesies tersebut dari jeti Redang Kalong resort tanpa perlu masuk ke dalam air. Anda boleh menarik perhatian ikan-ikan tersebut dengan menggunakan makanan sebagai umpan. Selain itu, perkarangan juga terletak berdekatan dengan singkapan batuan yang berada di kedua-dua belah Mutiara Resort.

Terdapat satu tanjung berbentuk huruf ‘U’ yang terletak di hadapan Taaras resort Teluk Dalam. Perkarangan di kawasan perairan tersebut terletak di kedua-dua belah tanjung manakala kawasan depan tanjung tidak mempunyai sebarang perkarangan dan cuma terdiri daripada rumput laut dan bawah berpasir. Oleh itu, anda mesti berenang lebih jauh untuk nampak batu karang.

Keadaan perkarangan di perairan ini adalah lebih baik daripada yang terdapat di Tanjung Tengah dan Tanjung Mak Cantik kerana jumlah pengunjungnya lebihkurang. Selain itu, tapak-tapak snorkeling juga terdapat di Pulau Paku dan Pulau Lima serta tempat-tempat lain tetapi tapak-tapak ini hanya boleh diakses melalui bot.


Resort Redang Popular

[columns] [span3]

Redang Beach Resort

[/span3][span3]

Redang Laguna Resort

Laguna Redang Island Resort

[/span3][span3]

Coral Redang Island Resort

[/span3][span3]

Redang Holiday Beach Villa

[/span3][/columns]

One thought on “Snorkeling di Pulau Redang”

Comments are closed.